United, Ronaldo ‘pukau’ Rangnick - Utusan Malaysia

United, Ronaldo ‘pukau’ Rangnick

REAKSI Ralf Rangnick keti9ka meraikan jaringan Fred.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ralf Rangnick terkejut melihat betapa bagus­nya Manchester United memberi tekanan kepada Crystal Palace sambil memuji Cristiano Ronaldo kerana gigih membantu pertahanan ketika pasukan itu menang 1-0 di Old Trafford semalam.

Jaringan Fred pada minit ke-78 menghadiahkan kemena­ngan sempurna buat Rangnick yang melatih United untuk tempoh singkat sebelum memulakan tugas sebagai pengurus sementara buat kali pertama.

Rangnick hanya sempat mencatur strategi dan taktik bersama pemainnya selama beberapa minit selepas sesi latihan pertamanya di Carrington kelmarin diganggu hujan.

CRISTIANO Ronaldo menerima pujian daripada pengurus baharu.

“Kami tidak menjalani latihan penuh semalam kerana disebabkan hujan selama 45 minit. Hujan sangat lebat dan berangin, jadi hampir mustahil untuk fokus dalam latihan.

“Saya terkejut melihat betapa positifnya keadaan fizikal dan intensiti pasukan. Separuh masa pertama sangat menakjubkan, namun satu-satu­nya perkara yang kurang, kami tidak menjaringkan gol yang sepatutnya.

“Tekanan yang dilakukan pasukan cukup luar biasa, cara kami bertahan, mengawal permainan dan paling penting tidak dibolosi,” katanya.

FRED (kiri) meraikan gol Manchester United ketika menewaskan Crystal Palace 1-0.

Ketika ditanya mengenai pe­ranan penyerang veteran Portugal, Ronaldo, Rangnick berkata, pemain itu tidak hanya memberi sumbangan kepada jentera depan.

“Usaha yang dilakukan Cristiano Ronaldo sepanjang perlawanan cukup baik. Tidak hanya bermain di bahagian serangan, malah dia turut membantu pertahanan,” kata Rangnick.

Kemenangan itu memastikan United tidak kalah dalam empat perlawanan sejak pemecatan Ole Gunnar Solskjaer, malah mereka juga mendaki ke kedudukan keenam liga dengan tiga mata dipisahkan dari pasukan tangga keempat, West Ham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya