fbpx

28 Januari 2022, 7:18 pm

  TERKINI

Selepas kecewa tak dapat makan daging babi ketika Piala AFF, Vietnam kini mampu tersenyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Selepas kecewa tidak dapat makan daging babi sepanjang berada di Singapura bagi mengharungi Piala AFF 2021 (Piala AFF 2020), Vietnam kini kembali ceria dengan citarasa kampung halaman.

CNN Indonesia melaporkan, sebelumnya pelatih skuad Golden Star, Park Hang Seo mengutarakan kekecewaan kepada tuan rumah kerana pemain-pemainnya tidak dapat menikmati makanan harian seperti daging babi.

Namun kini pasukan lawan utama Indonesia di Grup B itu sudah dapat merasakan makanan khas yang biasa ‘dilahap’ di negara mereka.

Dikutip dari 24h.com, kapten, Que Ngoc Hai dan rakan-rakannya sudah dapat menikmati sajian-sajian seperti sup ayam, sup asam jawa, sup labu, udang dan bubur ikan.

Makanan itu dihidangkan kepada pemain dengan bantuan restoran Vietnam dan warga Vietnam yang berada di Singapura.

Disebutkan juga makanan itu menstabilkan psikologi pemain sebelum menjalani perlawanan pembukaan menentang Laos.

Sebelum ini, Vietnam merungut mengenai hidangan dengan kuantiti yang kecil dan menu itu disifatkan tidak memenuhi keperluan nutrisi pemain yang akan berlatih dan bertanding.

Hang Seo juga membantah pemainnya hanya mendapat makanan dalam bekas yang sentiasa berisi ikan dan ayam.

Jurulatih dari Korea Selatan itu menyuarakan kebimbangannya dalam sidang akhbar menjelang pembukaan Piala AFF 2021.

“Makan menjadi masalah jika kita perlu makan menu yang sama. Pasukan mempunyai agama dan budaya yang berbeza dan kita perlu menghormatinya.

“Sebagai contoh, Vietnam suka makan daging babi, sehingga hari ini kita semua perlu makan ayam. Saya rasa penganjur harus lebih fleksibel dan menyusun makanan dengan lebih tepat,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI