Pantun JDT Sanusi curi tumpuan - Utusan Malaysia

Pantun JDT Sanusi curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sekali lagi mencuri tumpuan apabila video pantunnya tentang kekalahan Johor Darul Takzim (JDT) dalam final Piala Malaysia tular di media sosial.

Dalam video pendek tujuh saat itu, Muhammad Sanusi secara seloroh berpantun mengenai kekalahan 2-0 JDT kepada Kuala Lumpur City (KL City) malam tadi.

“Dari Kedah ke Singapura, singgah di KL membeli gula, saya membawa khabar gembira, JDT kalah lawan bola.”

Pantun tersebut mendapat tepukan gemuruh tetamu yang hadir pada Majlis Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Kedah beserta Delegasi Kerajaan Negeri Kedah (MESRA ’21).

Majlis MESRA’21 turut disiarkan secara langsung dan dikongsi di Faceook Muhammad Sanusi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya