Nafuzi kekal 'nakhoda' Terengganu FC - Utusan Malaysia

Nafuzi kekal ‘nakhoda’ Terengganu FC

MOHD. NAFUZI ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Khidmat Mohd. Nafuzi Zain selaku ketua jurulatih terus ditagih Terengganu FC untuk kekal membimbing pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara itu diputuskan Ahli Lembaga Pengarah Terengganu FC dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, hari ini.

Menurut Terengganu FC, pengurusan tertinggi pasukan berbesar hati dengan komitmen ditampilkan pengendali berusia 43 tahun itu sepanjang Liga Super dan Piala Malaysia 2021.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor antaranya persiapan musim depan termasuk barisan pemain, namun terserah kepada Mohd. Nafuzi sama ada mahu menerima atau menolak tawaran yang diberikan.

“Kita berharap prestasi Sang Penyu akan terus meningkat selaras dengan sasaran musim 2022,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nafuzi membawa Terengganu FC menamatkan Liga Super di kedudukan ketiga pada 2020 dan keempat musim ini selain mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya