Mana kontrak baharu saya? - Utusan Malaysia

Mana kontrak baharu saya?

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mohamed Salah mahu Liverpool segera menyelesaikan isu kontrak baharunya sambil mengakui, dia gembira dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Rundingan masih berjalan antara Reds dan wakil Salah, yang kini menuju tempoh 18 bulan terakhir kontraknya di Anfield.

Bintang Mesir itu sememangnya mahu kekal bersama Liverpool, kelab di mana dia telah meledak 144 gol dalam 223 penampilan dan memenangi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Bintang berusia 29 tahun itu bagaimanapun memberikan syarat sebelum dia menurunkan tandatangan untuk terus bersama skuad kendalian Jurgen Klopp.

“Saya sering katakan yang jika keputusan di tangan saya, saya mahu kekal di Liverpool. Keputusan kini di tangan pihak pengurusan dan mereka perlu menyelesaikan isu ini.

“Tidak ada masalah tetapi kami perlu mencapai persetujuan untuk kontrak. Ia terpulang kepada mereka.

“Nilai kewangan anda menunjukkan betapa kelab menghargai anda dan mereka bersedia untuk melakukan apa saja bagi mengekalkan anda, tetapi keputusan itu bukan hanya berdasarkan kewangan semata-mata.

“Ada faktor lain seperti cita-cita pasukan dan apa yang jurulatih mahu lakukan dengan pasukan serta pemain yang dia mahukan. Ini faktor-faktor penting dalam membuat keputusan,” kata Salah.

Dalam pada itu, laporan di Sepanyol mendakwa bos Barcelona Xavi Hernandez berminat mendapatkan khidmat Salah walaupun kelab gergasi Catalan itu berdepan masalah kewangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya