Mana ada 'koyak', situasi saya diputar belit - De Paula - Utusan Malaysia

Mana ada ‘koyak’, situasi saya diputar belit – De Paula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guilherme de Paula menafikan, dia ‘mengamuk’ selepas dikeluarkan ketika menentang Kemboja kelmarin, sebaliknya menegaskan insiden sebenar yang berlaku dalam perlawanan Piala AFF itu telah diputar belit sesetengah pihak.

Penyerang naturalisasi negara itu sebelum ini dilaporkan berang setelah jurulatih, Tan Cheng Hoe menggantikannya dengan Luqman Hakim Shamsudin pada minit ke-65.

De Paula, 35, didakwa membaling botol minuman di bangku simpanan, ‘merenung tajam’ ke arah penyokong Malaysia yang memberi sokongan di Stadium Bishan, Singapura.

“Sejak tiba, saya sangat menghargai dan menghormati pengharapan yang anda berikan kepada saya. Sokongan sangat besar. Terima kasih.

“Malangnya, insiden yang berlaku semalam telah diputar-belit oleh individu dan meletak saya dalam situasi buruk.

“Sebenarnya, saya sentiasa menghormati jurulatih dan rakan-rakan sepasukan. Jujurnya, saya rasa teruk kerana telah memberi 100 peratus. Hanya kadangkala, mungkin kami rasa, kami boleh beri lebih daripada apa yang kami ada.

“Saya akan bekerja lebih kuat dan membuktikan diri saya lebih baik untuk pasukan. Kami dahagakan kejayaan dan kami akan cuba menang bersama,” tulisnya dalam Instastory semalam.

Malaysia membuka kempen Kumpulan B dengan menumpaskan Kemboja 3-1 dan turun dengan misi memburu kemenangan kedua berturut-turut apabila menentang Laos esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.