Liverpool cuba 'selamatkan' Salah, Mane - Utusan Malaysia

Liverpool cuba ‘selamatkan’ Salah, Mane

LIVERPOOL cuba memastikan Mohamed Salah dan Sadio Mane dapat beraksi apabila menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea di Stamford Bridge, London pada 3 Januari na
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp yakin Liverpool akan menerima berita baik daripada Mohamed Salah dan Sadio Mane dalam perlawanan ‘blockbuster’ Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Stamford Bridge, 3 Januari ini.

Salah dan Mane bakal terlibat dengan Piala Negara-Negara Afrika di Cameroon yang bermula dari 9 Januari hingga 6 Februari.

Mane akan beraksi terlebih dahulu apabila Senegal menentang Zimbabwe pada 10 Januari, sebelum Salah memulakan kempen bersama Mesir yang bertemu Nigeria 24 jam kemudian.

Kedua-dua pemain yang sudah mengumpul 28 jaringan dalam Liga Perdana musim ini bakal terlepas aksi liga menentang Brentford dan Crystal Pa­lace, selain dua perlawanan Piala FA serta separuh akhir Piala Liga.

Rundingan dengan negara terlibat kini sedang berjalan, malah Liverpool turut merayu campur tangan badan bola sepak dunia, FIFA untuk membantu mereka.

Selain Salah dan Mane, Reds juga bakal kehilangan pemain tengah, Naby Keita yang beraksi buat Guinea.

“Ia (kedudukan Salah, Mane, Keita) belum diputuskan.

“Saya seorang yang optimis, jadi saya mengharap­kan berita baik biarpun keputusan bukan di tangan kami,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Sementara itu, Klopp berkata, belum ada perkembangan me­ngenai kontrak baharu Salah.

Katanya, hanya satu kontrak ditandatangani Reds minggu ini melibatkan penjaga gol, John Achterberg yang diikat sehingga 2024. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN