Lewis, Mercedes ‘buli’ Verstappen - Utusan Malaysia

Lewis, Mercedes ‘buli’ Verstappen

LEWIS Hamilton ketika meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix Arab Saudi di Jeddah, minggu lalu, menewaskan Max Verstappen. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bekas bos Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone mendakwa juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dan pasukan Mercedes ‘membuli’ pemandu Red Bull Max Verstappen musim ini.

Verstappen, 24, dan Hamil­ton bersaing hebat dalam pe­rebutan kejuaraan dunia tahun ini, dan perlumbaan terakhir di Abu Dhabi, Ahad ini bakal menobatkan siapa berhak bergelar juara dunia.

Ecclestone percaya, tekanan permainan psikologi Mercedes menjadi faktor dalam persaingan berkenaan.

Ecclestone, individu yang mengubah sukan F1 menjadi sukan permotoran komersial bernilai berbilion ringgit menegaskan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes, Toto Wolff dan Hamilton tidak bersaing dengan adil.

Pada Julai lalu, Verstappen mendahului kejuaraan dengan kelebihan 32 mata yang meletakkan pemandu dari Belanda itu di landasan terbaik untuk bergelar juara dunia namun segalanya berubah apabila Mercedes dengan Hamilton bangkit pada perlumbaan seterusnya.

“Max adalah budak kecil berbanding Hamilton dan perkara paling sukar ialah Hamilton mempunyai kempen publisiti yang memihak kepadanya.

“Mereka menekan Max sepanjang masa dan kemudian pengarah perlumbaan masuk campur selepas diasak Toto sehingga membuat dia terpaksa memberi tumpuan kepada perkara lain, selain perlumbaan kerana mereka membulinya dan tidak berlaku adil. Ia permainan psikologi,” kata Ecclestone, 91.

Sementara itu, bapa Verstappen, Jos berkata, anaknya akan melakukan apa saja untuk menewaskan Hamilton pada perlumbaan terakhir nanti tetapi tidak sampai kepada mencetus kemalangan.

Sekiranya kedua-dua pemandu Red Bull dan Mercedes itu yang terikat pada kutipan mata gagal menamatkan perlumbaan, kejuaraan akan menjadi milik Verstappen yang mempunyai kelebihan kemenangan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya