KL City jadi inspirasi Harimau Malaya - Utusan Malaysia

KL City jadi inspirasi Harimau Malaya

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City muncul juara Piala Malaysia baru-baru ini boleh dijadikan inspirasi kepada skuad kebangsaan yang akan mengharungi Piala AFF 2021 (2020) di Singapura.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pada final tempoh hari, walaupun hampir semua peminat meramalkan JDT akan menang, namun akhirnya KL City muncul juara.

“Dalam sukan bola, apa sahaja boleh berlaku dan ini kita tengok pada final Piala Malaysia JDT lawan KL City, semua orang kata JDT akan menang besar, tapi akhirnya KL City yang rangkul kejuaraan.

“Begitu juga untuk pasukan bola sepak negara kita (di Piala AFF 2021), kita yakin persiapan telah dibuat, pemain berada di tahap yang terbaik, namun bola itu bulat, apa juga boleh berlaku.

“Sebagai peminat bola sepak, saya berharap semua penyokong dapat beri sokongan kepada pemain, kepada pasukan yang akan membawa nama negara dan jika kita jatuh, kita bangkit semula.

“Apa juga keputusannya, kita perlu belajar dan terus memperbaiki prestasi kita,” katanya.

KUALA Lumpur melakar kejutan menewaskan JDT untuk muncul juara Piala Malaysia 2021.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Skuad Harimau Malaya akan menghadapi Piala AFF 2021 bermula 5 Disember hingga 1 Januari ini.

Malaysia diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Kali terakhir pasukan negara muncul juara ialah pada tahun 2010.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, kejayaan skuad skuasy lelaki dan wanita negara menjuarai Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia semalam sangat membanggakan.

“Saya berharap pemain-pemain dapat mengekalkan momentum untuk mengharungi kejohanan antarabangsa seterusnya,” katanya.

Dalam final di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, skuad wanita menewaskan Hong Kong 2-1 manakala skuad lelaki menewaskan India 2-1. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya