Harimau Malaya baham Kemboja - Utusan Malaysia

Harimau Malaya baham Kemboja

SAFAWI Rasid meraikan jaringannya ketika menentang Kemboja di Stadium Bishan, Singapura kelmarin.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun berdepan pelbagai ujian sebelum kejohanan bermula, Harimau Malaya menunjukkan semangat juang tinggi apabila menumpaskan Kemboja 3-1 dalam aksi pembukaan Piala AFF di Singapura, sebentar tadi.

Jaringan Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Kogileswaran Raj memastikan tiga mata diraih anak-anak buah Tan Cheng Hoe, sekali gus menaikkan keyakinan mereka sebelum berdepan Laos dalam saingan kedua Kumpulan B, Khamis ini.

Malaysia yang kehilangan pemain lincah sayap lincah, Faisal Halim dan penjaga gol, Khairulazhan Khalid yang akibat dijangkiti Covid-19 semalam, tercari-cari permainan pada separuh masa pertama.

Selepas beberapa percubaan yang dilakukan Safawi dan Guilherme De Paula gagal menghasilkan gol, terjahan pertahanan Kemboja, Ken Chansopheak ke atas Akhyar Rashid pada minit ke-21 akhirnya menghadiahkan penalti kepada Malaysia.

Safawi menyempurnakan sepakan untuk meletakkan Malaysia mendahului 1-0.

PEMAIN Malaysia meraikan jaringan pembukaan Safawi Rasid.

Memasuki babak kedua, Harimau Malaya menguji benteng Kemboja menerusi sepakan bola mati Safawi yang memaksa Soksela melayangkan badan menepis rembatan tersebut.

Akhyar akhirnya berjaya memperdayakan dua pertahanan Kemboja sebelum melakukan rembatan kaki kanan untuk gol kedua Malaysia pada minit ke-61 sebelum Kogileswaran Raj menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-79 selepas menyudahkan hantaran Luqman Hakim Shamsudin.

Minit terakhir perlawanan, Kemboja memperolehi gol sagu hati menerusi sepakan penalti Sath Rosib selepas Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan pemain lawan.

Malaysia yang turun dengan reputasi juara 2010 akan kembali ke beraksi dengan menentang Laos, Khamis ini, diikuti Vietnam (Ahad) dan Indonesia pada 19 Disember.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.