Ahli gabungan harap campur tangan Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut Pafa - Utusan Malaysia

Ahli gabungan harap campur tangan Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut Pafa

TAJUL Hasnan Omar (tengah) dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semua 13 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang disingkir persatuan itu berharap Pesuruhjaya Sukan (PsjS) menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.

Jurucakap kumpulan itu, Tajul Hasnan Omar berkata, hanya campur tangan pihak berkuasa sukan itu mampu menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

Menurutnya,mereka sudah menghantar surat kepada PsjS menjelaskan kemelut yang melanda.

“Kami hanya mahu keadilan bagi pihak ahli gabungan yang menjadi mangsa tindakan tidak masuk akal tiga Naib Presiden Pafa.

“Nampaknya mereka mengambil tindakan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan terhadap yang kena tindakan,” katanya merujuk kepada pemecatan tiga pegawai yang rapat dengan kumpulan itu.

Tajul Hasnan berkata, kumpulan itu akan tetap meneruskan rancangan mengadakan kongres luar biasa (EGM) seperti dijadualkan pada 19 Disember ini.

“Kami tetap dengan pendirian bahawa pemecatan kami tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan,” katanya.

Bekas Setiausaha Pafa itu berkata, dua lagi ahli gabungan iaitu Teluk Intan dan Manjung menyertai kumpulan itu menjadikan 13 daerah iaitu Manjung, Ipoh, PB Melayu Perak, Kerian Hilir Perak, Perak Tengah, Gerik, Lenggong Kampung Gajah, Manjung, Batang Padang, Larut Matang dan Selama serta Pengkalan Hulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya