Syarat Mintah kekal di Terengganu - Utusan Malaysia

Syarat Mintah kekal di Terengganu

JORDAN Mintah (tengah) mahu beraksi untuk skuad utama Terengganu musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penjaring terbanyak Liga Perdana, Jordan Mintah meletakkan syarat kepada Terengganu FC jika mahu dia kekal musim depan, iaitu memberi tempat dalam skuad utama.

Penyerang kelahiran Ghana itu berkata, peluang berada dalam skuad berkenaan membolehkan potensinya lebih menonjol pada saingan Liga ­Super.

Katanya, walaupun sudah banyak pasukan Liga Super merisik untuk mendapatkan khidmatnya, namun keutamaan adalah kepada Terengganu FC.

“Jurulatih, Badrul Afzan Razali berharap saya kekal de­ngan Terengganu FC II, namun saya mahu beraksi untuk pasukan Liga Super kerana di situ orang lebih nampak kita.

“Kuala Terengganu adalah rumah kedua saya dan saya cukup senang di sini, saya tetap fokus membantu Terengganu FC menjuarai Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mintah berkata, persaingan sihat merebut posisi penyerang bersama David Da Silva secara tidak langsung menjadikannya pemain yang lebih baik.

Katanya, beraksi dalam tiga daripada empat perlawanan Kumpulan B menuntutnya mengubah corak permainan bagi membantu skuad kendalian Mohd. Nafuzi Zain.

“Selain menjaringkan gol, saya perlu membuka lebih banyak ruang kepada pemain lain sebagai satu pasukan.

“Terengganu FC mempunyai potensi untuk melangkah jauh dalam kempen Piala Malaysia dan itu sasaran kita untuk musim ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya