Standard Tottenham tak setinggi mana - Utusan Malaysia

Standard Tottenham tak setinggi mana

TOTTENHAM dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada kelab kerdil NS Mura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Antonio Conte berkata, dia mula menyedari tahap sebenar Tottenham selepas mereka dimalukan 2-1 oleh kelab kerdil Slovenia, NS Mura dalam aksi Liga Konferensi Eropah pagi tadi.

Kelab London itu kini perlu menewaskan Rennes di laman sendiri pada perlawanan terakhir Kumpulan G untuk mengelak tersingkir awal dalam kejohanan kelas ketiga Eropah itu.

Spurs gagal mengejar kedudukan pendahulu, Rennes yang menawarkan tiket ke pusingan 16 akhirnya, sebaliknya hanya bersaing untuk memburu slot 32 akhir.

ANTONIO CONTE

“Selepas tiga minggu saya mula memahami situasi sebenar pasukan ini dan ia tidak mudah. Pada ketika ini tahap Tottenham tidak terlalu tinggi.

“Saya perlu jujur dan memberitahu anda selepas tiga minggu setengah, saya boleh katakan ia bukan situasi yang mudah.

“Orang mungkin fikir jurulatih baharu sudah tiba dan Conte pernah menang sebelum ini, mereka fikir saya ahli silap mata. Namun keajaiban yang saya boleh lakukan hanyalah bekerja,” kata Conte.

PEMAIN NS Mura meraikan kemenangan sensasi ke atas Tottenham.

 

Tomi Horvat meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-11 sebelum kad merah Ryan Sessegnon menyebabkan Tottenham terpaksa bermain dengan 10 orang untuk sejam terakhir.

Harry Kane menyamakan kedudukan 18 minit sebelum tamat tetapi Amadej Marosa meledak gol kemenangan NS Mura pada waktu kecederaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya