Sayap belakang 'senjata rahsia' Mercedes? - Utusan Malaysia

Sayap belakang ‘senjata rahsia’ Mercedes?

RED Bull mencurigai sayap belakang jentera W12 Mercedes yang dipandu Lewis Hamilton kerana dipercayai menambah kelajuan lawan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Mercedes dan Red Bull terus melakukan provokasi antara satu sama lain menuju ke penghujung persaingan Formula Satu (F1) yang sengit dengan isu sayap belakang pula menjadi perbalahan menjelang Grand Prix (G) Qatar hari ini.

Prinsipal Red Bull, Christian Horner mengancam untuk membantah kereta pesaingnya yang disifatkan ‘mencurigakan’.

Red Bull percaya, sayap belakang jentera W12 Mercedes yang digunakan Lewis Hamilton adalah cara ‘tersembunyi’ pasukan itu untuk meningkatkan kelajuan mereka.

Horner mempersoalkan tanda markah yang terdapat pada sayap tersebut, selain meragui bagaimana Hamilton mampu mengejar 25 grid untuk muncul juara di trek lurus Interlagos ketika menjuarai GP Brazil, minggu lalu.

Dia percaya, keadaan itu pasti akan memberi kelebihan kepada Mercedes dalam dua baki perlumbaan di Arab Saudi dan Abu Dhabi.

LEWIS Hamilton meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix Brazil di Litar Interlagos, Sao Paulo minggu lalu.

“Apakah saya akan memprotes? Ya, tentu sahaja, jika kami yakin kereta mereka tidak mengikut peraturan. Mereka amat pantas di trek lurus ketika di Mexico dan Brazil, malah semua orang boleh nampak, situa­si tidak biasa di Brazil.

“Ya, dengan jentera baharu, kami tahu Mercedes mengalami peningkatan prestasi.

“Begitupun, memiliki jurang kelajuan sehingga 27 kilometer/sejam (km/sejam), selain melihat tanda-tanda di bahagian sayap yang melentur, ia me­nimbulkan rasa curiga,” kata Horner kepada Motorsport.com.

Hamilton memulakan GP Brazil dari petak ke-10 susulan dikenakan pe­nalti lima grid ekoran perubahan pada enjin jentera.

Pemandu Britain itu bagai­manapun berjaya memenangi saingan, sekali gus merapatkan jurang mata di belakang pendahulu kejuaraan dunia, Max Verstappen dari Red Bull kepada 14 mata ketika berbaki tiga perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.