RM13,929 ‘harga’ jersi Ronaldo - Utusan Malaysia

RM13,929 ‘harga’ jersi Ronaldo

ADDISON Whelan dibawa keluar oleh petugas keselamatan selepas menceroboh padang untuk mendapatkan jersi Cristiano Ronaldo .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang kanak-kanak perempuan didenda 2,500 pound (RM13,929) selepas menceroboh padang untuk mendapatkan jersi Cristiano Ronaldo.

Addison Whelan, 11, berlari ke dalam padang di Dublin kelmarin untuk meminta baju pe­nyerang Manchester United itu.

Whelan melompat halangan selepas tamat perlawanan yang berkesudahan Portugal seri 0-0 dengan Ireland dalam kelayakan Piala Dunia 2022.

Dia turut mengelak dua petugas keselamatan sebelum menjerit kepada Ronaldo dan meminta baju kapten Portugal itu.

Ronaldo, 36, kemudian meminta petugas keselamatan agar tidak mengasari gadis tersebut sebelum memeluk dan menyerahkan bajunya.

“Bapa saya perlu membayar denda yang tinggi atas perbuatan saya, dia pasti gembira jika ada orang lain tolong membayarkannya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya