Perez bermimpi menang GP Mexico - Utusan Malaysia

Perez bermimpi menang GP Mexico

SERGIO PEREZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Sergio Perez semalam mendedahkan dia bermimpi berjaya merangkul kejuaraan pertamanya dalam Grand Prix Formula Satu (F1) Mexico, hujung minggu ini.
Litar Autodromo Hermanos Rodriguez kembali me­nganjurkan perlumbaan selepas saingan musim lalu dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Beraksi di laman sendiri, Perez, 31, berhasrat untuk mencipta sejarah sebagai pelumba Mexico pertama muncul juara di trek berkenaan.

Perez tidak pernah meraih kedudukan tujuh teratas di Autodromo Hermanos Rodriguez yang dikembalikan dalam kalendar F1 pada 2015 tetapi dengan memandu jentera Red Bull, dia yakin mampu mencipta keputusan lebih baik.

“Sangat teruja dan menanti saat ini. Negara (Mexico) saya memberi sokongan penuh sepanjang karier sebagai pelumba, beraksi di hadapan peminat satu detik yang sangat dinantikan.

“Orang Mexico sentiasa ­menyokong saya sejak bertahun-tahun lalu ketika saya mula-mula bergelar pelumba.

“Ia sangat bagus berlumba di sini dan bersama pasukan serta kereta yang berpotensi untuk memenangi perlumbaan.

“Saya mengimpikan untuk muncul juara di Mexico dan peluang itu ada, saya akan membuat persediaan sebaik mungkin untuk berlumba pada hujung minggu ini,” katanya.

Dalam pada itu, Perez turut optimis mampu menjadi juara dunia pada musim 2022 selepas dilihat lebih selesa menyesuaikan diri dengan jentera baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya