Pengguguran 11 ahli gabungan Pafa tidak sah - Utusan Malaysia

Pengguguran 11 ahli gabungan Pafa tidak sah

TAJUL Hasnan Omar (depan, dua dari kiri) menunjukkan Perlembagaan Pafa dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini mengenai pengguguran 11 ahli gabungan Pafa yang diumumkan semalam. - UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengguguran 11 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Kelmarin tidak sah kerana tidak mengikut Perlembagaan persatuan itu.

Jurucakap kumpulan 12 ahli gabungan yang mendesak kongres luar biasa (EGM) diadakan, Tajul Hasnan Omar mempertikai tindakan Naib Presiden 1 Pafa, Datuk Mohammad Yadzan Mohamed yang menjatuhkan hukuman terhadap kumpulan itu semalam.

“Apa sebab kami dihukum? Alasan kami menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak (PBMP) tidak boleh digunakan sebagai sebab pengguguran kami daripada Pafa.

“Jika kedudukan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak dijadikan alasan, maka seluruh Pafa juga turut terbatal dan tidak sah kerana ada ahli PBMP memegang jawatan dalam Pafa.

“Melayu Perak antara lima tiang seri Pafa, ini mengikut perlembagaan Pafa. Nak buang Melayu Perak kena panggil mesyuarat agung Pafa,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Tajul Hasnan berkata, Mohammad Yadzan tidak boleh sewenang-wenangnya memecat ahli gabungan serta individu tanpa membawa perkara itu ke mesyuarat exco penuh.

Menurutnya, ketika keputusan menggugurkan itu dibuat, ada exco Pafa tidak hadir kerana tidak dipanggil ke mesyuarat dan tidak mengetahui mengenainya.

Kumpulan itu tidak mengiktiraf tindakan Pafa dan akan terus dengan rancangan asal untuk menganjurkan EGM bulan depan.

Tindakan memecat ahli gabungan itu diambil berikutan perlanggaran perlembagaan artikel 80 mengenai keahlian.

Mengikut peraturan itu tiada ahli gabungan boleh menjadi ahli dua persatuan.

Sebanyak 12 daripada 18 ahli gabungan Pafa mendesak supaya mengadakan kongres luar biasa.

Mereka adalah Persatuan Bola Sepak (PB) Perak Tengah, Tapah, Kampar, Gerik, Lenggong, Hulu Perak, Kampung Gajah, Ipoh, Larut Matang & Selama, Hilir Perak, Kerian dan PB Melayu Perak.

Hilir Perak bagaimanapun tidak menjadi ahli gabungan Melayu Perak, oleh yang demikian mereka tidak dipecat.

ISHSAM SHAHRUDDIN

 

Sementara itu, Presiden PBMP, Ishsam Shahruddin mendakwa, kedudukan Mohammad Yadzan selaku pemangku presiden Pafa tidak sah kerana tidak mengganggotai ahli gabungan berikutan pembubaran daerah Tanjung Malim.

“Yang ada sekarang Persatuan Bola Sepak Daerah Muallim (PBM). Yadzan bukan ahli PBM pun, justeru dia tidak layak jadi Naib Presiden 1 Pafa.

“Dia kena kosongkan jawatan itu. Ini bukan kata saya tetapi perlembagaan Pafa,” kata Ishsam kepada Utusan Malaysia. 

Ishsam yang juga bekas pemain Perak era 1990-an membuat pertikaian itu berikutan tindakan Yadzan mendakwa 11 ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan dan menggugurkann keahlian mereka Isnin lalu termasuk PBMP.

“Artikel 12 perlembagaan Pafa menyatakan keahlian Pafa mestilah terdiri daripada persatuan Bola Sepak Daerah serta daerah kecil, Persatuan Bola Sepak Melayu Perak, Majlis Sukan India, Cina serta Persatuan Bola Sepak mewakili kaum utama seperti Orang Asli, Siam dan Sikh

“Mana persatuan mewakili kaum? Keahlian Persatuan Bola Sepak Batu Gajah juga tidak betul kerana ia bukan daerah kecil, Sepatutnya Kinta, jadi Pafa juga tidak ikut perlembagaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya