MySukan TV promosikan sukan akar umbi - Utusan Malaysia

MySukan TV promosikan sukan akar umbi

AHMAD Faizal Azumu memperkenalkan logo MySukan TV dalam majlis pelancaran secara maya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil inisiatif mewujudkan sebuah jenama media milik KBS iaitu, MySukan TV yang berperanan menyokong sukan akar umbi.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, MySukan TV berfungsi untuk mempromosikan aktiviti sukan peringkat akar umbi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat.

Dalam masa sama, ia akan membawakan juga siaran langsung perlawanan sukan untuk menarik pelaburan atau tajaan daripada syarikat-syarikat swasta.

“Sejak beberapa dekad lalu, kementerian telah melancarkan, menyokong dan mempromosikan sukan akar umbi serta pembangunannya seperti Skuad Projek MSN-FAM yang beraksi dalam Liga Perdana, Liga Bola Sepak Universiti (Liga IPT), kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSM), Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) dan banyak lagi.

“Pembangunan akar umbi adalah mahal dan kejayaan sesuatu program itu tidak bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan, jadi kita memerlukan sektor swasta bukan sahaja sebagai pemberi dana, malah berkongsi sumber mereka dengan program ini.

“Usaha sektor swasta ini akan membantu pembangunan masa depan atlet negara dan memberi sokongan dalam bentuk bantuan ekonomi memandangkan industri ini amat terkesan berikutan pandemik Covid-19,” katanya ketika melancarkan MySukan TV secara atas talian semalam.

Ahmad Faizal berkata, MySukan TV akan memberi tumpuan kepada sukan-sukan kurang popular, sekali gus meningkatkan peluang menjana pendapatan melalui pengiklanan dan penajaan.

Malaysia mempunyai populasi 32.7 juta pada 2020 dan tinjauan mendapati 9.24 juta berumur di bawah 18 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya