fbpx

Mora teruja jumpa Hodak

PEMAIN JDT meraikan jaringan Bergson Da Silva ketika mengalahkan Terengganu FC dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora teruja untuk bertemu Bojan Hodak yang akan memimpin Kuala Lumpur City (KL City) dalam final Piala Malaysia, Selasa ini.

JDT selangkah untuk mempertahankan kejuaraan selepas menyingkirkan Terengganu secara agregat 4-1 pada aksi separuh akhir.

KL City pula akhirnya melangkah ke final selepas 32 tahun dengan menumpaskan Melaka United menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas separuh akhir di Stadium Hang Jebat malam tadi terikat secara agregat 2-2.

Mora menganggap final Piala Malaysia sebagai pertembungan epik kerana JDT akan menentang jurulatih yang pernah membimbing Harimau Selatan muncul naib juara pada 2014.

BOJAN HODAK

“Ia akan menjanjikan perlawanan akhir yang menarik kerana Bojan pernah bersama JDT.

“Bagaimanapun itu cerita lama, saya dan dia akan melalui episod baharu Selasa ini.

“Masing-masing tahu kekuatan dan kelemahan. Buat masa ini saya mahu tumpukan kepada proses pemulihan pemain kerana kami tidak mempunyai rehat yang cukup,” katanya.

PERTAHANAN KL City, Giancarlo Gallifuoco (kanan) bersaing dengan pemain Melaka United, Giovane Gomes Da Silva di Stadium Hang Jebat, malam tadi. – UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD

Harimau Selatan yang mempertahankan kejuaraan Liga Super lapan musim berturut-turut menjadi pilihan untuk merangkul gelaran berganda musim ini.

Pasukan itu bakal membuat penampilan keempat dalam tempoh lapan tahun pada final Piala Malaysia selepas muncul naib juara 2014 serta juara 2017 dan 2019.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!