Melaka jumpa Sabah di suku akhir - Utusan Malaysia

Melaka jumpa Sabah di suku akhir

PEMAIN Melaka United FC, Manuel Gelito Ott (tengah) meraikan jaringan gol minit ke-24 bersama pasukannya dalam aksi Piala Malaysia ketika menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. Gambar RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melaka United mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala Malaysia selepas menjinakkan Kedah 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad Sang Kancil muncul juara kumpulan, sekali gus bakal bertemu Sabah yang menghancurkan impian Petaling Jaya City (PJ City) di Likas malam ini.

Beraksi di depan ribuan penyokong sendiri menaikkan semangat Sabah untuk melakar kemenangan 1-0 ke atas PJ City, sekali gus muncul naib juara Kumpulan D di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

RISTO Mitrevski menyempurnakan sepakan penalti untu membantu Sabah menumpaskan PJ City, sekali gus mara ke suku akhir. – IHSAN SABAH FC

Dalam aksi di Melaka, tuan rumah yang hanya memerlukan satu mata untuk muncul juara kumpulan mempamer aksi bertenaga sejak awal permainan.

Manuel Ott meledak gol pembukaan Sang Kancil pada minit ke-24 untuk menaikkan semangat rakan-rakan sepasukan.

Bersambung babak kedua Melaka mengekalkan tempo permainan, namun percubaan Giovane Gomes pada minit ke- 50 dan 51 sedikit tersasar.

 

Gomes menambah derita pelawat dengan menanduk gol kedua Melaka seminit sebelum tamat permainan untuk melakar kemenangan kedua berturut-turut ke atas Kedah.

Dalam aksi di Stadium Likas, sepakan penalti Risto Mitrevski pada minit ke-23 memberi kemenangan berharga buat Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN