McGregor sila cermin diri - Ali - Utusan Malaysia

McGregor sila cermin diri – Ali

CONOR MCGREGOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Conor McGregor dibidas oleh bekas pengurus Khabib Nurmagomedov selepas mendakwa dia berhak mendapat pertarungan yang menawarkan kejuaraan dunia.

Jaguh seni bela diri campuran Ireland itu mahu kembali beraksi selepas tewas dua kali berturut-turut kepada Dustin Poirier.

McGregor, 33, tewas dalam pertarungan pertama di pusi­ngan kedua, Januari lalu sebelum mengalah di hujung pusi­ngan pertama dalam aksi kedua Julai lalu kerana patah kaki.

Terdahulu, McGregor ditewaskan oleh Khabib pada 2018 sebelum kembali menewaskan Donald Cerrone pada 2020, satu-satunya kemenangan yang diraihnya sejak menewaskan Eddie Alvarez pada 2016.

Meskipun memiliki rekod buruk itu, McGregor masih menegaskan dia berhak mendapat perlawanan yang menawarkan gelaran lightweight UFC.

Bekas pengurus Khabib, Ali Abdelaziz bagaimanapun membidas McGregor dengan melihat rekod buruknya sejak tiga tahun lalu.

“Rekod anda 1-3 dalam empat pertarungan terakhir. Sila diam. Anda satu-satunya jaguh seni bela diri paling teruk dalam kelompok 15 terbaik,” tegasnya.

Charles Oliveira adalah juara lightweight dengan Justin ­Gaethje pula calon utama untuk bertarung dengannya bagi me­rebut kejuaraan dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya