Masanya gergasi bangkit! - Utusan Malaysia

Masanya gergasi bangkit!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) mara ke final Piala Malaysia selepas 32 tahun bukan sahaja mengujakan penyokong The City Boys, malah memberi kegembiraan kepada legenda pasukan.

Mendakap Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut pada 1987, 1988 dan 1989 detik yang tidak akan dilupakan penyokong KL City, namun bagi peminat generasi baharu, tidak pernah melihat Kuala Lumpur menjulang kejuaraan meningkatkan lagi keterujaan mereka.

Pernah dilabel sebagai ‘The Grande KL’ ketika zaman kegemilangannya, KL City berpeluang mengulangi kehebatan tiga dekad lalu asalkan fokus, bekerja keras dan yakin kepada diri sendiri, kata bekas bintang mereka, Fandi Ahmad.

“Syabas, alhamdulillah, sudah tiba waktu KL bangkit. Tahun ini KL banyak peningkatan dan perubahan daripada barisan pengurusan hingga pemilihan pemain. Tahniah,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

JURULATIH KL City, Bojan Hodak (kiri) dan pemainnya meraikan kejayaan mara ke final Piala Malaysia bersama penyokong di Stadium Hang Jebat, Melaka kelmarin.– MINGGUAN/RASUL AZLI SAMAD

Ketika ditanya peluang untuk
The City Boys menjulang trofi pada sambutan 100 tahun Piala Malaysia, terutama berdepanpasukan terbaik Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT), Fandi berkata, tiada apa yang mustahil asalkan mereka bermain mati-matian.

“Harus yakin dan kerja lebih keras untuk menang Piala Malaysia,” kata legenda bola sepak Singapura itu.

FANDI AHMAD

Kuala Lumpur mara ke final dengan menyingkirkan Melaka United menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 pada separuh akhir kelmarin selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2.

JDT pula menumpaskan Terengganu FC menerusi agregat 4-1 selepas membenam skuad Penyu 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada separuh akhir kedua.

Sementara itu, bekas pertahanan Kuala Lumpur yang membawa mereka menjulang Piala Malaysia di Stadium Merdeka pada 1989, Serbegeth Singh mengakui, JDT adalah pilihan untuk memenangi aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

“Bagi saya, JDT akan muncul juara sebab mereka memiliki kualiti pemain terbaik, taktikal dan corak permainan bagus.

“Bukan nak perkecilkan KL tetapi memang JDT berada di satu tahap berbeza daripada pelbagai aspek,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.