Macam kali pertama menang – Hamilton - Utusan Malaysia

Macam kali pertama menang – Hamilton

LEWIS Hamilton meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix Brazil di Litar Interlagos, Sao Paulo minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menyifatkan kemenangannya dalam Grand Prix (GP) Brazil semalam sebagai perlumbaan terbaik pernah dilalui sepanjang karier.

Pemandu Mercedes itu memulakan perlumbaan di Litar Interlagos pada kedudukan ke-10, susulan dikenakan pe­nalti lima grid ekoran perubahan pada enjin jentera.

Kejayaan tersebut memboleh­kan jaguh Britain itu merapatkan jurang mata di belakang pendahulu kejuaraan dunia, Max Verstappen dari Red Bull kepada 14 mata ketika berbaki tiga perlumbaan.

“Rasa seperti pertama kali memenanginya kerana saya sudah lama tidak menang.

“Saya tidak pernah terfikir kami boleh merapatkan jurang seperti yang kami lakukan hari ini apabila keadaan seolah-olah sedang menentang kami.

“Ia hanya menunjukkan anda tidak boleh menyerah apa sahaja yang anda hadapi. Anda perlu terus berusaha dan tidak pernah berhenti berjuang. Itulah yang saya lakukan hujung minggu ini.

“Pasukan kami melakukan kerja yang menakjubkan dan Valtteri Bottas turut berlumba dengan hebat untuk menamatkan cabaran di tempat ketiga dan mendapat mata sebanyak mungkin,” ujar Hamilton.

Kata Hamilton, dia hanya berfikiran positif sepanjang perlumbaan di Brazil kerana berasakan peluang untuknya mempertahankan kejuaraan dunia masih menyala.

“Anda tidak boleh memikirkan ia (persaingan) sudah berakhir kerana tiada apa yang mustahil jika anda memberi kan fokus sepenuhnya,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.