Kontrak Klopp seumur hidup? - Utusan Malaysia

Kontrak Klopp seumur hidup?

JURGEN KLOPP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp me­negaskan, pemerintahannya di Anfield ‘masih jauh untuk berakhir’ dan menghargai komen Steven Gerrard yang berpendapat pengurus ­Liverpool itu sepatutnya diberi kontrak seumur.

Ketika ditanya sama ada dia memasang impian untuk menguruskan Reds suatu hari nanti, Gerrard yang baru dilantik sebagai pengurus Aston Villa itu berkata, dia lebih gembira jika kelab lama­nya mengikat Klopp selama mungkin.

Kontrak Klopp bakal ber­akhir pada 2024 menyaksikan pengendali dari Jerman itu akan berada di Anfield sembilan tahun iaitu tempoh paling panjang dalam karier­nya sebagai pengurus.

“Saya lihat Stevie memperkatakan perkara baik dan bijak.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu memikirkan hal sebegini buat masa sekarang, bersyukur kerana kami sudah di perte­ngahan liga dan itu sahaja yang kami fokus.

“Tidak ada pengurus yang ditanya dengan begitu kerap apa akan berlaku dalam tempoh tiga atau empat tahun.

“Saya tidak terfikir mengenai perkara itu dan tidak mahu memikirkan tentangnya sekarang,” kata Klopp.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN