Kedah, JDT sama kuat - Utusan Malaysia

Kedah, JDT sama kuat

PENYERANG JDT, Bergson da Silva (kanan) bersaing dengan pertahanan Kedah, Rodney Celvin pada suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar Ahad lalu. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pertembungan paling mencuri tumpuan dalam suku akhir Piala Malaysia malam ini antara Kedah Darul Aman FC  (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berakhir seri O-0, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan bermain agresif dan saling mengatur serangan untuk memburu gol pada awal perlawanan.

Namun JDT lebih dahulu melakukan serangan bahaya pada minit ke-19 menerusi percubaan pertahanan skuad Harimau Selatan, Mauricio Dos Santos yang hampir menerjah gawang namun tendangannya tersasar ke kiri gawang Kedah.

Pada minit ke-22, Kedah pula melakukan serangan dari sayap kanan, namun gerakan yang dihasilkan pemain tengah, Fadzrul Danel yang membuat larian pantas dan mencemaskan benteng JDT gagal dihantar kemas dan berjaya dipatahkan pertahanan JDT.

PERTAHANAN JDT, Corbin Ong (kanan) diasak pemain Kedah, Mohd. Rizal Ghazali dalam aksi Piala Malaysia di Alor Setar malam ini. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

Sementara itu, JDT mempunyai peluang menjaringkan menerusi sepakan percuma oleh Safawi Rasid pada minit ke-28 tetapi percubaannya terus ke dakapan penjaga gawang Kedah, Shahril Sa’ari.

JDT sekali lagi mencemaskan gawang Kedah tiga minit sebelum babak pertama berakhir apabila gerakan lincah daripada Safawi yang membuat hantaran ke kubu Kedah berjaya ditanduk oleh Mauricio Dos Santos namun percubaannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol.

Pasukan lawan terus menekan Kedah ketika kedua-dua pasukan kebuntuan gol apabila berjaya mengekalkan disiplin pertahanan dan ini sedikit sebanyak menyukarkan gerakan yang dilancarkan JDT.

Kedah hampir membuka jaringan pada minit ke-71 apabila pemain gantian Kedah Aiman Afif mendapat peluang terbaik buat skuad Hijau Kuning selepas mendapat lorongan cantik daripada Rizal Ghazali namun percubaannya ke pintu gawang JDT sedikit tersasar.

Kedah yang beberapa kali melakukan aksi serangan balas melalui melalui ruang tengah untuk mencari gol bagaimana pun terpaksa menghadapi pertahanan JDT yang dilihat lebih bersedia.

Seminit sebelum perlawanan tamat, JDT pula mendapat sepakan tendangan percuma selepas Sumareh dijatuhkan tetapi sepakan yang diambil pemain tengah JDT, Leandro Velazquez berjaya ditepis Shahril Sa’ari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya