Kecederaan paksa Zii Jia tarik diri Indonesia Masters - Utusan Malaysia

Kecederaan paksa Zii Jia tarik diri Indonesia Masters

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecederaan pinggang menyebabkan Lee Zii Jia terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 9-11 kepada pemain Denmark, Rasmus Gemke dalam perlawanan pembukaan Indonesia Masters di Bali, hari ini.

Perkembangan terbaharu juara All England itu nyata membimbangkan peminat badminton tanah air kerana dia jelas belum pulih daripada kecederaan yang menimpa dalam final Terbuka Hylo di Jerman, 8 November lalu yang memaksanya menarik diri ketika bertemu pemain Singapura, Loh Kean Yew.

Penyertaan Zii Jia di Indonesia Masters sebelum ini menjadi tanda tanya, malah ada yang menasihatinya agar melupakan kejohanan AS$600,000 (RM2.5 juta) kerana sudah terlalu keletihan beraksi dalam lima kejohanan berturut-turut di Eropah.

Status pemain berusia 23 tahun itu sama ada dapat beraksi dalam Terbuka Indonesia (23-28 November) kini turut tidak menentu.

CHAN Peng Soon (kanan) dan Goh Liu Ying tersingkir di pusingan pembukaan.

Sementara itu dalam beregu campuran, pasangan utama negara yang juga pilihan kelima kejohanan, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menjadi mangsa kejutan terbesar selepas tersingkir di pusingan pertama.

Naib juara Olimpik 2016 itu kalah 13-21, 19-21 kepada pasangan No. 52 dunia, Jones Ralfy Jansen-Linda Efler dari Jerman.

Cabaran Malaysia bagaimanapun diteruskan dua beregu campuran, H0oo Pang Ron-Cheah Yee See dan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei.

Pang Ron-Yee mara selepas memperoleh kemenangan percuma ketika mendahului lawan dari Jepun, Yujiro Nishikawa-Saori Ozaki 5-2 di set pertama, manakala Tang Jie-Yen Wei pula tidak berdepan masalah untuk menumbangkan wakil Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kim Hye Jeong 21-17, 21-13.

Pang Ron-Yee See akan berdepan Jansen-Linda, manakala Tang Jie-Yen Wei akan menentang pilihan utama dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai bagi perebutan tempat ke suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya