fbpx

Ifedayo tinggalkan Selangor

IFEDAYO OLUSEGUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor bakal kehilangan penyerang terbaiknya, Ifedayo Olusegun musim depan selepas bintang Nigeria itu sah meninggalkan Gergasi Merah.

Ifedayo, 30, yang memenangi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Super dua tahun berturut-turut mula menyarung jersi Selangor 2019.

“Selangor FC hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang prolifik Gergasi Merah, Ifedayo Olusegun yang telah menerima tawaran yang lebih baik bagi musim hadapan.

“Ifedayo akan sentiasa menjadi salah seorang penyerang paling berbisa yang pernah bermain bersama Selangor setelah memenangi anugerah kasut emas untuk dua musim berturut-turut dan memegang rekod penjaring terbanyak Liga Super Malaysia.

“Selangor FC mengucapkan terima kasih kepada Ifedayo atas sumbangan yang telah beliau berikan kepada kelab selama ini, dan mengucapkan selamat maju jaya,” tulis Selangor dalam satu kenyataan malam tadi.

Ifedayo memainkan peranan penting buat Selangor sepanjang tiga musim, malah kejayaan meledak 25 gol tahun ini membolehkannya memecahkan rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Super yang dipegang Mohammed Ghaddar (23 gol).

IFEDAYO Olusegun menjadi ayam tambatan Selangor sepanjang tiga musim.

Dia bagaimanapun terlepas sebahagian besar kempen Piala Malaysia 2021 akibat kecederaan.

Sejak beberapa minggu lalu, Ifedayo dikaitkan dengan Melaka United, pasukan bimbingan Zainal Abidin Hasaan yang hampir mendapatkan khidmatnya pada 2018 sebelum disambar Selangor.

POPULAR

KOSMO! TERKINI