Baddrol, Rizal sah tinggalkan Kedah? - Utusan Malaysia

Baddrol, Rizal sah tinggalkan Kedah?

BADDROL BAKHTIAR meninggalkan Kedah untuk menyertai Sabah FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Selepas lebih 16 tahun menabur bakti di Kedah, Baddrol Bakhtiar boleh dikatakan sah akan meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk berkhidmat dengan pasukan baharu.

Menurut sumber dalaman pasukan, desas-desus yang mengatakan pemain berusia 33 tahun itu akan meninggalkan pasukan yang bertiup kencang kebelakangan ini sememangnya benar.

“Selain Baddrol, pemain pertahanan kanan, Rizal Ghazali yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi kapten dalam pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang JDT tempoh hari turut akan meninggalkan pasukan,” katanya semalam.

Ketika ini terdapat spekulasi mengatakan Baddrol dan Rizal akan berhijrah ke Sabah untuk beraksi di bawah pimpinan bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee pada musim depan.

Mengulas lanjut, katanya, dua pemain import setakat ini turut sah tidak menyambung kontrak bersama KDA FC.

RIZAL GHAZALI

“Dua pemain import tersebut adalah Rabih Ataya dari Lebanon dan K. Anumanthan dari Singapura,” katanya.

Tambahnya, ketika ini pihak pengurusan sedang dalam usaha untuk mengekalkan pemain pertahanan, Rodney Celvin.

Bagaimanapun segalanya belum dapat dipastikan kerana Rodney merupakan pemain yang dipinjam dari Selangor FC dan kini segalanya terpulang kepada pasukan Merah Kuning itu untuk membuat keputusan.

KEDAH cuba mengekalkan Rodney Celvin,

Dalam pada itu bekas jurulatih Kedah yang membawa kejayaan ‘double treble’, Mohd. Azraai Khor antara yang menyatakan rasa ‘tergumam’ dengan keputusan Baddrol meninggalkan pasukan.

“Selamat tinggal legendaku. Tiada kata boleh saya ungkapkan dan saya tidak mampu berkata-kata.

“Semoga Allah memberi panduan di sepanjang perjalananmu. Kami akan merinduimu,” tulisnya di Facebook yang turut disertakan dengan beberapa gambar Baddrol.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan reaksi Baddrol berhubung perkara itu bagaimanapun tidak berjaya apabila beliau tidak membalas WhatsApp yang dihantar kepadanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya