WithU, Yamaha lengkapkan RNF Racing - Utusan Malaysia

WithU, Yamaha lengkapkan RNF Racing

RAZLAN Razali (tengah) bersama pasukan WithU yang menjadi penaja utama RNF Racing Team.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peralihan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) kepada entiti baharu memasuki fasa terakhir apabila syarikat berpangkalan di Itali, WithU menjadi penaja utama RNF Racing Team.

Selepas berpisah dengan Petronas dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kini pasukan itu dikenali sebagai WithU Yamaha RNF Racing Team yang dikendalikan oleh Datuk Razlan Razali untuk saingan MotoGP musim depan.

Jelas Razlan, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, pasukan tersebut turut mendapat bantuan dari Yamaha Motor Co., Ltd bagi saingan musim depan, dengan kemungkinan disambung pada 2023 serta 2024.

“Kami sangat gembira dengan sokongan dan komitmen berterusan mereka untuk menjadi penaja utama bagi menyertai pasukan baharu kami pada musim 2022.

“Walaupun terdapat perubahan berlaku pada tahun ini, saya berterima kasih kepada Matteo Ballarin selaku presiden Europe Energy Group dan Lin Jarvis (Yamaha) atas kepercayaan mereka kepada saya bagi meneruskan perjalanan luar biasa ini.

“Kami telah mencapainya dalam tempoh tiga tahun pertama menerusi kemenangan dan podium yang dicapai sepanjang musim itu.

“Kami harap mampu mencipta satu lagi motivasi terbaik bersama mereka bagi musim depan,” kata Razlan dalam satu kenyataan, malam kelmarin.

RNF Racing akan menggunakan khidmat penunggang berpengalaman, Andrea Dovizioso dan pelumba Moto3, Darryn Binder bagi bersaing di kelas perdana musim depan, dengan jentera Yamaha YZR-M1 menjadi taruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya