Tak perlu cucuk vaksin untuk beraksi di Terbuka Australia - Utusan Malaysia

Tak perlu cucuk vaksin untuk beraksi di Terbuka Australia

NOVAK DJOKOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VICTORIA: Semua pemain tenis yang akan menyertai Terbuka Australia, Januari tahun depan tidak lagi diwajibkan mengambil suntikan vaksin Covid-19, namun perlu menjalani kua­rantin dua minggu.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, beliau memberi keizinan kepada atlet yang belum divaksin memasuki negaranya bagi menyertai kejohanan Grand Slam itu, sekali gus bercanggah dengan ke­nyataan Alex Hawke minggu lalu.

Menteri Imigre­sen Australia, Hawke sebelum ini berkata, ­semua pemain yang akan menyertai Terbuka Australia ­wajib mengambil dua dos vaksin.

“Peraturan akan dikenakan kepada semua orang. Tidak kira mereka pemenang Grand Slam, perdana menteri, ahli perniagaan, pelajar dan sebagainya.

“Negeri-negeri akan me­netapkan peraturan kuarantin seperti yang semua sudah sedia maklum,” kata Morrison.

Jaguh No. 1 dunia, Novak Djokovic antara pemain yang enggan menyatakan status vaksinasi ketika berhajat mempertahankan gelaran.

Jika bintang Serbia itu memutuskan untuk berentap di Australia, dia berpeluang melebarkan rekod Grand Slam ke-21, sekali gus mengatasi Roger Federer dan Rafa Nadal.

Victoria, negeri di mana kejohanan berlangsung akan me­nguatkuasakan peraturan kua­rantin paling ketat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.