Sterling perlu jaminan sebelum sambung kontrak - Utusan Malaysia

Sterling perlu jaminan sebelum sambung kontrak

RAHEEM STERLING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Raheem Sterling mahu jaminan dia akan kekal sebagai tonggak pen­ting Manchester City sebelum bersetuju menyambung kontraknya bersama skuad The Citizens.

Baki kontrak Sterling, 26, di Etihad berbaki dua tahun dan setakat ini belum ada rundi­ngan dijalankan di antara kedua-dua pihak.

Sterling hanya disenarai dalam kesebelasan utama untuk empat daripada 11 perlawanan musim ini, selain disisihkan selama beberapa minggu pada saingan terakhir musim lalu.

Penyerang England itu yang kini menggalas tugas antarabangsa dalam kelayakan Piala Dunia 2022 terdesak untuk mendapat lebih banyak minit permainan bersama kelab.

PEP GUARDIOLA

Beberapa hari lalu, bekas bintang Liverpool itu me­ngadakan pertemuan ‘hati ke hati’ dengan pengendali City, Pep Guardiola dan menuntut lebih banyak peranan utama.

Barcelona antara pasukan yang mengikuti situa­si itu dengan rapat.

Newcastle yang kini mendapat pemilik kaya dari Arab Saudi juga menyenaraikan Sterling sebagaia pemain yang diingini pada pasaran perpindahan, Januari depan.

City bagaimanapun me­negaskan, mereka tidak bercadang melepaskan Sterling dan berharap untuk mengekalkannya.

“Raheem boleh ber­aksi de­ngan baik dalam perlawanan penting, dia sentiasa menunjukkan kesungguhan.

“Sebagai penyerang, dia sering mencipta gerakan-gerakan di depan pintu gol,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya