'Saya akan mencari lebih banyak, lebih banyak, lebih banyak gol' - Utusan Malaysia

‘Saya akan mencari lebih banyak, lebih banyak, lebih banyak gol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pada usia 36 tahun, Cristiano Ronaldo belum mahu berhenti dan tidak mengenal erti penat.

Sejurus selepas memahat satu lagi rekod, muncul pemain pertama meledak hatrik buat kali-10 bersama skuad kebangsaan, kapten Portugal itu melaungkan keyakinan lebih banyak gol akan tiba.

Jaringan Ronaldo membantu Portugal membelasah Luxembourg 5-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022, Kumpulan A awal pagi tadi.

Bintang penyerang Manchester United itu sudah menjaringkan 115 gol buat skuad kebangsaan.

CRISTIANO Ronaldo meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan di Estadio Algarve dekat Loule, Portugal.

Dia sebelum ini memecah rekod jaringan antarabangsa milik legenda Iran, Ali Daei bulan lalu.

Tidak lama selepas kembali ke Old Trafford awal tahun ini, dia menjaringkan gol pada minit ke-89 ketika berdepan Ireland yang juga gol ke-110 buat Portugal dan satu melebihi rekod Daei.

Penyerang Manchester United itu kemudian mendapatkan gol lewat permainan untuk melengkapkan kebangkitan dan merekodkan gol ke-111.

Ronaldo berjaya mendapatkan gol ke-112 menerusi sepakan kaki kiri pada minit ke-37 ketika aksi persahabatan menentang Qatar sebelum ini.

“Satu lagi kejayaan, satu lagi langkah untuk mencapai sasaran kami, satu lagi malam bersejarah di bahagian pertahanan bersama bendera kami!

“Semuanya lebih mudah apabila kami beraksi di laman sendiri dan di depan penyokong yang sentiasa menjaga kami sejak minit pertama hingga akhir…

“Saya telah berjanji akan sentiasa mencari lebih banyak, lebih banyak dan lebih banyak!.

“Ia dalam DNA saya dan kami, ia belum selesai, kami tidak sesekali berputus asa dan akan berjuang untuk apa sahaja yang boleh diraih! Ayuh Portugal!” tulisnya dalam media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya