Sarawak di atas tiga kelab Liga Super - Utusan Malaysia

Sarawak di atas tiga kelab Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dua perlawanan, naib juara Liga Perdana Sarawak United memimpin kumpulan A dengan meraih dua kemenangan biarpun diletak bersama tiga pasukan Liga Super.

Itu membuktikan kualiti yang dimiliki skuad kendalian E. Elavarasan tidak terlalu jauh dengan pasukan liga utama.

Skuad Enggang Emas melakar kejutan terbesar Piala Malaysia apabila menumpaskan pasukan tangga ketiga Liga Super, Penang FC 3-1 dalam aksi pembukaan, Ahad lalu sebelum menumpaskan Sri Pahang 1-0 di Stadium UiTM kelmarin.

Dua kemenangan itu membolehkan mereka memungut enam mata maksimum, dua mata mengatasi Kuala Lumpur City (KL City) yang seri 1-1 dengan Penang FC.

SARAWAK United membuktikan mereka mampu mencabar pasukan Liga Super.

“Kami pun tidak sangka dapat menang dalam aksi itu sebab tahu Pahang sebuah pasukan yang baik. Secara keseluruhan saya tengok kita mungkin sebenarnya ada peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol dan bila kita berjaya, Pahang mula bagi tekanan.

“Begitupun Taylor Regan (pertahanan tengah) berjaya mengawal benteng dengan baik dan sebab itu tidak banyak ruang yang lawan dapat untuk jaringkan gol,” katanya.

Tok Gajah mungkin pasukan paling mengecewakan dalam kempen awal Piala Malaysia setakat ini apabila kalah kedua-dua perlawanan selepas tumpas 1-3 kepada KL City dalam aksi pembukaan.

DOLLAH SALLEH

Jurulatihnya, Dollah Salleh mengakui, penyudah tumpul menyebabkan mereka sering dikecewakan biarpun secara keseluruhan mampu mempamer permainan cantik.

“Kecewa juga dengan keputusan perlawanan. Kita setakat main untuk mengawal bola di tengah padang tetapi dalam bola sepak bila tidak jaringkan gol, kita terima padah.

“Saya tengok agak sukar untuk Sri Pahang. Nak mencipta satu peluang menjaringkan gol susah sangat. Kita sudah jalani latihan macam-macam tapi benda sama berlaku dan ini hakikat yang perlu diterima,” kata Dollah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya