Ronaldo tak lagi disanjungi penyokong MU? - Utusan Malaysia

Ronaldo tak lagi disanjungi penyokong MU?

MANCHESTER United diikat 1-1 oleh Southampton hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo dipuji melambung selepas meledak dua gol dalam penampilan semula bersama Manchester United ketika menumpaskan Newcastle 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, 11 September lalu.

Sejak itu, dia tidak menoleh ke belakang apabila menambah satu lagi gol dalam kempen Liga Perdana dan dua jaringan pada saingan Eropah.

Kepulangannya ke Old Trafford selepas 12 tahun disambut bagaikan ‘raja’ oleh peminat United, malah bintang besar seperti Edinson Cavani juga sanggup menyerahkan jersi ikonik No. 7 kepada kapten Portugal itu.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini situasi tidak lagi sama. Hanya kerana dua keputusan kurang memberangsangkan – seri 1-1 dengan Everton dan kalah 2-4 kepada Leicester dalam dua aksi terakhir Liga Perdana yang menyaksikan Ronaldo gagal meledak gol, peminat sudah mula mempersoalkan sumbangannya.

Pemain berusia 36 tahun itu tidak menjaringkan gol sepanjang Oktober, dan United kini tercicir ke tangga keenam Liga Perdana dengan 14 mata, lima mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Dalam Twitter, peminat membahaskan masa depan Ronaldo bersama Red Devils, sedangkan dia sudah menandatangani kontrak dua tahun.

“Ronaldo mencipta banyak masalah dan menyelesaikan amat sedikit. Kalau dia terus bermain begini, saya tidak terkejut jika dia dikeluarkan pada Januari. Dia perlu memberikan yang lebih baik atau pergi,” tulis pemilik akaun Thenextantman.

“Realitinya, dia akan menjangkau 37 tahun kurang enam bulan dari sekarang. Dia masih boleh memburu gol tetapi berapa banyak lagi yang dia benar-benar boleh sumbangkan untuk memenangi bola sepak?,” tulis Jnz2001.

Ronaldo diturunkan sebagai penyerang tunggal dalam perlawanan di Stadium King Power, manakala Jadon Sancho, Bruno Fernandes dan Mason Greenwood memainkan peranan berada di belakangnya.

Peminat merasa jengkel melihat pemilik lima anugerah Ballon d’Or itu kurang berusaha untuk memberi tekanan berbanding rakan-rakan sepasukannya.

Bagaimanapun ada peminat yang menyifatkan, kapten Portugal itu tampak lesu bukan kerana tidak bagus, tetapi gagal memenuhi percaturan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer yang serba tidak menjadi.

Ole Gunnar Solskjaer

“Dia memerlukan pemain tengah. Manchester United tidak mempunyai taktik mutlak, mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan. Lihatlah Liverpool dan (Manchester) City cara mereka bermain ketika mereka memiliki bola. Man. United perlu menyingkirkan OLE,” tulis Adzz_7’.

Pemilik akaun Sage_Prolific kemudian menambah: “Masalahnya bukan Ronaldo, taktikal Ole taktikal hacur.”

United akan menentang Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara, Khamis ini sebelum turun dalam perlawanan ‘blockbuster’ menentang musuh ketat, Liverpool di Old Trafford, Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya