fbpx

8 Disember 2021, 2:48 pm

  TERKINI

Real kalahkan Barcelona di Camp Nou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Jaringan Lucas Vazquez pada waktu kecederaan membantu Real Madrid menumpaskan Bercelona 2-1 di depan 86,422 penonton di Camp Nou dalam aksi El Clasico pertama musim ini, sebentar tadi.

Tonggak pertahanan, David Alaba turut meledak gol pertamanya bersama Real untuk meletakkan skuad Los Blancos di depan pada minit ke-32.

Vazquez kemudian menggandakan kedudukan 2-0, tiga minit memasuki waktu kecederaan.

Biarpun Sergio Aguero berjaya merapatkan jurang 1-2 pada minit ke-97, ia sudah terlalu lewat untuk menyelamatkan tuan rumah daripada kalah.

Ini kemenangan keempat berturut-turut buat Real dalam aksi El Clasico, keputusan yang membawa mereka merampas kedudukan pendahulu La Liga dengan mengumpul 20 mata.

“Pasukan kami menikmati permainan serangan balas dan mengambil kesempatan dalam situasi tersebut.

“Kami bermain secara praktikal. Kami tahu apa yang perlu dilakukan untuk menang,” kata pengurus Real, Carlo Ancelotti.

Barcelona mengawal permainan pada babak pertama tetapi Real berjaya mendahului menerusi Alaba yang melakukan rembatan kaki kiri ke penjuru gawang lawan.

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman membawa masuk Philippe Coutinho, Aguero dan Luuk de Jong pada babak kedua dalam usaha mencari gol penyamaan.

Bagaimanapun, ia gagal merubah nasib mereka, sebaliknya Vazquez jauh lebih pantas daripada pertahanan Barca, Gerard Pique ketika melakukan serangan balas untuk gol kedua Real.

Aguero akhirnya menjaringkan gol pertama bersama Barcelona selepas menolak hantaran jauh Sergino Dest, namun jaringan itu sudah tidak bermakna.

Kekalahan terbaharu meletakkan Barcelona di tangga kelapan liga dengan lima mata di belakang Real. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI