Peminat resah, pengadil ‘anti-Liverpool’ adili aksi Brighton - Utusan Malaysia

Peminat resah, pengadil ‘anti-Liverpool’ adili aksi Brighton

PENYOKONG Liverpool meluahkan keresahan apabila pertemuan Liga Perdana menentang Brighton hari ini bakal diadili oleh Mike Dean.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyokong Liverpool mendakwa Reds bakal berdepan ‘azab’ selepas Mike Dean ­dipilih untuk mengadili perlawanan menentang Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Salah seorang penyokong Liverpool di Twitter mendakwa pengadil berusia 53 tahun itu sangat membenci skuad bim­bingan Jurgen Klopp.

Berdasarkan rekod lalu, ­Liverpool tidak bernasib baik jika perlawanan diadili oleh pengadil tersebut, dengan Dean berpotensi ‘condong’ ke pihak lawan.

Buktinya, Dean menghadiahkan sepakan penalti kontroversi pada penghujung perlawanan, sekali gus membolehkan Burnley mengatasi Liverpool 1-0 di Anfield pada 22 Januari lalu.

Pengadil itu juga menghadiahkan sepakan penalti kepada Sheffield United di Anfield pada 25 Oktober tahun lalu, sekali pun terjahan Fabinho ke atas Oli McBurnie sepatutnya diberikan sepakan bebas.

Begitupun, tiada rekod menunjukkan Dean pernah ‘menghalau’ pemain Liverpool keluar dari padang, baik menerusi dua layangan kad kuning mahupun kad merah.

Berdasarkan sembilan perlawanan yang dikendalikan Dean bersama Liverpool, skuad Reds berjaya mencatatkan enam kemenangan dan satu seri.

Liverpool turun di Anfield dengan misi meneruskan ­rentak tanpa kalah mereka, malah beraksi dengan motivasi tinggi selepas membelasah Manchester United 5-0 pada hujung minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya