Peminat Al Sadd usik emosi Xavi - Utusan Malaysia

Peminat Al Sadd usik emosi Xavi

PENYOKONG Al Sadd berharap Xavi tidak meninggalkan kelab Qatar itu untuk kembali ke Barcelona.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Al Sadd amat ter­desak untuk mengekalkan pe­ngurus mereka, Xavi Hernandez yang dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona apabila berkongsi kisah peminat yang berharap dia kekal di Qatar.

Legenda Barcelona itu menjadi calon utama untuk membim­bing kelab Catalan tersebut ekoran pemecatan Ronald Koeman, Rabu lalu selepas Barca kalah 1-0 kepada Rayo Vallecano dan jatuh ke tangga kesembilan La Liga.

Menurut laporan AS, Xavi bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada Al Sadd apabila pasukan itu berdepan Al Ahli hari ini, dan dia mungkin tiba di Sepanyol pada 4 November.

Bagaimanapun Al Sadd cuba bermain emosi dalam usaha memujuk jurulatih berusia 41 tahun itu agar kekal di Qatar, malah ribuan penyokong kelab Doha tersebut melancarkan kempen #XaviStays di media sosial.

Mereka berkongsi daripada gambar bekas bintang ­tengah Sepa­nyol itu hinggakan ­beberapa trofi utama yang pernah dimenangi sepanjang dua tahun lalu.

Kelab dan peminat turut berkongsi video mereka me­raikan jaringan dan kemena­ngan dengan penuh emosi.

Menurut portal Sport, Xavi mempu­nyai klausa pelepasan 840,000 pound (RM4.8 juta), namun AS melaporkan, bekas perancang utama Barca itu telah mencapai persetujuan dengan pemilik ­­Al Sadd yang sedia melepaskannya secara percuma.

Xavi berpindah ke Doha pada 2019 dan sejak membimbing Al Sadd dua tahun lalu, dia memenangi tujuh trofi utama, terma­suk kejuaraan Liga Star Qatar.

Sepanjang menyarung jersi Barcelona dari 1998 hingga 2015, dia telah membuat 767 penampilan dan memenangi 25 trofi utama.

Ketika ditanya mengenai kepulangan ke Barcelona, Xavi menegaskan fokusnya ketika ini kekal bersama Al Sadd.

“Saya sedang fokus terhadap usaha saya di Al Sadd dan tidak akan bercakap mengenai perkara lain,” katanya ringkas.

Jika penyokong Al Sadd berkongsi detik hebat bersama Xavi dalam tempoh dua tahun lalu, peminat Barca pula mengeluarkan memori 14 tahun ­legenda mereka di Camp Nou.

Sergi Barjuan dilantik sebagai pengurus sementara sehingga pengganti Koeman dilantik. ­­­ – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN