Musibah menanti Liverpool - Utusan Malaysia

Musibah menanti Liverpool

LIVERPOOL mungkin kehilangan khidmat Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita sepanjang Piala Negara-Negara Afrika dari 9 Januari hingga 6 Februari 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool mungkin kehilangan trio Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita untuk tempoh lebih lama daripada yang dijangkakan apabila Piala Negara-Negara Afrika membuka tirai awal tahun depan.

Ketiga-tiga pemain tersebut hampir pasti akan disenaraikan oleh negara mereka – Mesir, Senegal dan Guinea dalam kejohanan yang berlangsung di Cameroon dari 9 Januari hingga 6 Februari.

Menurut peraturan badan bola sepak dunia, FIFA, Liverpool perlu melepaskan pemain mereka lebih awal dan kemungkinan menyertai skuad kebangsaan masing-masing pada 27 Disember.

Itu bermakna, mereka akan terlepas empat perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester (28 Disember), Chelsea (2 Januari), Brentford (15 Januari) dan Crystal Palace (22 Januari).

Kesemua pemain tersebut juga tidak dapat diturunkan pada pusingan keempat Piala FA pada 8 Januari dan 5 Februari.

Bagaimanapun, Reds masih berharap ada ruang untuk berunding dengan 20 daripada 24 negara yang bertanding, termasuk Senegal, Guinea dan Mesir yang akan memulakan cabaran pada 10 serta 11 Januari.

Mereka mungkin meminta kebenaran untuk hanya melepaskan pemain pada 3 Januari, bermakna mereka sempat bermain menentang Leicester serta Chelsea, namun persetujuan harus dicapai antara kelab dan negara.

Peraturan FIFA jelas menyatakan ‘pemain harus dilepaskan dan mula berlepas ke pasukan diwakili tidak lewat daripada Isnin pagi pada minggu kejohanan bermula.’

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya