Mourinho pikul tanggungjawab dimalukan Bodo - Utusan Malaysia

Mourinho pikul tanggungjawab dimalukan Bodo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Turun dengan reputasi sebagai pengurus ‘kelas A’, Jose Mourinho dimalukan selepas pasukan bimbingannya, AS Roma dibelasah 6-1 oleh Bodo/Glimt dalam Liga Konferensi Europa awal pagi tadi.

Mourinho berkata, dia bertanggungjawab atas kekalahan kepada juara Norway itu yang terkenal kerana penyokongnya membawa berus gigi gergasi bagi menyaksikan perlawanan.

PEYOKONG Bodo/Glimt membawa berus gigi gergasi ke stadium.

“Saya bertanggungjawab, saya memilih pemain ini.

“Jika saya menggunakan pemain utama, mungkin ada yang akan cedera, kemudian kami boleh dibolosi empat atau lima gol berdepan Napoli pada Ahad dan keputusan itu pastinya juga dianggap salah.

“Bodo menurunkan pasukan yang lebih berkualiti berbanding skuad kedua kami,” kata Mourinho kepada media Itali.

PEMAIN Bodo/Glimt meraikan kemenangan menakjubkan ke atas Roma.

Mourinho merehatkan ramai tonggak sebagai persediaan untuk berdepan pendahulu Serie A, Napoli dalam sainga domestik, hujung minggu ini.

Kapten Roma, Lorenzo Pellegrini menyifatkan kekalahan besar itu sebagai ‘memalukan’ dan satu ‘tamparan ke muka’.

Bodo/Glimt yang bermain buat kali ke-11 dalam saingan Eropah mengejutkan gergasi Itali itu yang bergelut dengan suhu 2 darjah Celsius di padang tiruan Stadium Aspmyra yang terletak di Lingkaran Artik.

Erik Botheim meledak hatrik, manakala ketua pasukan, Patrick Berg, Ola Solbakken dan Amahl Pellegrino masing-masing menambah derita Mourinho.

Bodo/Glimt menjuarai Liga Norway buat kali pertama dalam sejarah 104 tahun kelab musim lalu.

Carlos Perez menjaringkan gol saguhati Roma yang memenangi dua aksi awal mereka dalam Kumpulan C. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya