Melatih Raducanu tugas berat - Utusan Malaysia

Melatih Raducanu tugas berat

EMMA RADUCANU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Melatih Emma Raducanu akan menjadi tugas paling sukar walaupun dia adalah juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), kata Michael Joyce yang pernah membantu Maria Sharapova meraih pelbagai kejayaan.

Bintang Britain berusia 18 tahun itu meraih gelaran Grand Slam pertama di New York bulan lalu sebelum berpisah dengan jurulatihnya, Andrew Richardson kerana memerlukan seseorang yang lebih berpengalaman.

Tindakan itu menyaksikan dia tewas di Indian Wells selepas dikejutkan pemain ke-100 dunia, Aliaksandra Sasnovich.

Joyce yang membantu Sharapova menjuarai Grand Slam pertamanya pada berusia 17 tahun berkata, tidak ramai jurulatih akan tampil membantu Raducanu.

“Saya terkejut Emma berpisah dengan Andrew Richardson dengan memberi alasan mahukan orang lebih berpengalaman.

“Saya tak suka alasan itu. Jika anda ada jurulatih yang serasi kenapa perlu jurulatih ternama?

“Dia pemain yang bagus tapi tanggungjawab jurulatihnya amat berat,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya