fbpx

19 Oktober 2021, 11:46 pm

  TERKINI

Maignan disisih 10 minggu gara-gara penalti Mo Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penjaga gol AC Milan, Mike Maignan terpaksa berehat 10 minggu selepas mengalami kecederaan ketika menyelamatkan sepakan penalti Mohamed Salah dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Liverpool, bulan lalu.

Penjaga gol Perancis itu menyertai gergasi Itali tersebut dari Lille pada musim panas lalu bagi menggantikan Gianluigi Donnarumma yang berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).

Maignan, 26, memulakan karier dengan cemerlang di Itali apabila pasukannya tidak kalah dalam tujuh perlawanan pertama Serie A.

MIKE Maignan mengalami kecederaan serius ketika perlawanan menentang Liverpool.

Dia bagaimanapun cedera di pergelangan tangan sejak menyelamatkan penalti Salah di Anfield pada 16 September dalam aksi sengit Kumpulan B yang menyaksikan Liverpool menang 3-2.

Maignan dipercayai jatuh dengan teruk selepas menyelamatkan penalti itu dan kesakitan yang dialami tidak berkurangan hingga memaksanya menjalani ujian ‘arthroscopic’ – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI