Kutuk saya, jangan keluarga - Akram - Utusan Malaysia

Kutuk saya, jangan keluarga – Akram

AKRAM MAHINAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun kritikan peminat dianggap asam garam buat pemain bola sepak, namun tonggak Harimau Malaya, Akram Mahinan tidak boleh menerima tindakan jika keluarga mereka turut ‘disentuh’.

Pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City) itu mendedahkan, sehingga hari ini dia masih menerima mesej daripada peminat yang tidak berpuas hati dengan kekalahan Malaysia kepada ­Vietnam dalam final Piala AFF 2018 biarpun perlawanan itu sudah tiga tahun berlalu.

“Saya tidak kisah kalau netizen nak kutuk saya, sebab yang main dan beraksi atas padang saya tapi sangat keterlaluan bila melibatkan keluarga, itu saya tidak boleh terima.

“Memang bila memilih karier ini, saya dan pemain lain sudah bersedia berdepan situa­si (kecaman dan kritikan) dan ia cabaran buat kami. Ada yang masih menghantar mesej kepada saya walaupun Piala AFF 2018 sudah berlalu.

“Saya maafkan mereka tapi jangan sesekali libatkan keluarga,” katanya kepada Utusan ­Malaysia.

Skuad kebangsaan sekali lagi dikritik hebat peminat bola sepak selepas mempamer aksi hambar ketika tunduk 0-4 kepada Jordan dalam aksi persahabatan Tier 1, Rabu lalu.

Harimau Malaya bakal mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman malam ini dan Akram menggesa rakan sepasukan memperbaiki setiap kelemahan, terutamanya di benteng pertahanan.

“Siapa nak kalah, semua main untuk menang tapi ada masa prestasi di puncak ada masa turun.

“Kami sentiasa mahu turun beraksi dengan memberi yang terbaik,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya