Keputusan 'pelik' Solskjaer undang padah - Utusan Malaysia

Keputusan ‘pelik’ Solskjaer undang padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United yang tidak menyenaraikan Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba dalam kesebelasan utama diikat 1-1 oleh Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Keputusan seri menambah tekanan buat pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer yang sebelum itu dikecam penyokong kerana  meletakkan Ronaldo di bangku simpanan.

CRISTIANO RONALDO

 

Anthony Martial memberi permulaan baik buat United apabila membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-43.

Bagaimanapun jaringan Andros Townsend di minit ke-65 menafikan hasrat Red Devils untuk mengutip tiga mata di Old Trafford.

Ini kali kedua berturut-turut United keciciran mata dalam aksi Liga Perdana selepas tewas 0-1 kepada Aston Villa pada perlawanan terakhir liga, minggu lalu.

Sebelum perlawanan, penyokong United mahu Solskjaer dipecat kerana meletakkan Ronaldo di bangku simpanan, keputusan yang dianggap ‘pelik’.

Edinson Cavani sebaliknya mendapat kepercayaan untuk mengetuai serangan, namun dia gagal menyerlah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.