Kane balas kritikan dengan gol hatrik - Utusan Malaysia

Kane balas kritikan dengan gol hatrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas sering dikritik dan kesetiaannya mula dipersoal, Harry Kane puas berjaya meledak hatrik untuk membantu Tottenham melakar kemenangan 5-1 ke atas NS Mura dalam saingan Liga Konferensi Europa, awal pagi tadi.

Menyifatkan jaringannya sebagai bonus, kapten England itu meledak hatrik ke-13 sepanjang menyarung jersi Spurs.

Selepas gagal menemui gawang dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan beraksi di bawah keupayaan sebenar, Kane menganggap prestasinya kembali pada waktu yang tepat.

DELE Alli (tengah) mencetak gol pembukaan Tottenham seawal minit keempat.

“Setiap penyerang mahu menjaringkan gol. Saya tidak terfikir untuk melakukan hatrik hari ini, diturunkan beraksi sudah cukup menggembirakan.

“Setiap kali anda melihat bola menembusi gawang, ia memberi perasaan yang hebat. Harap kami dapat meneruskan momentum hingga hujung minggu,” kata Kane.

Tuan rumah melaungkan amaran sejak awal permainan apabila meledak dua gol pantas menerusi Dele Alli dan Giovani Lo Celso pada minit keempat serta lapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya