Jangan harap 'bulan dan bintang' - Utusan Malaysia

Jangan harap ‘bulan dan bintang’

PEARLY Tan (kanan) dan M. Thinaah menjadi sandaran untuk mengutip mata.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Piala Uber negara tidak diberikan tekanan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apatah lagi berada dalam kumpulan D bersama China, Denmark dan Kanada, di mana ‘keajaiban’ diperlukan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkata, pasukan wanita negara boleh dianggap kerdil dalam peringkat kumpulan, namun beliau berharap momentum yang ditunjukkan ketika Piala Sudirman dapat diteruskan.

“Denmark pasukan paling kuat di Eropah dan kita harap pemain akan bersedia untuk memberikan yang terbaik.

“Memang dari segi pasukan secara keseluruhan kita belum  cukup (bagus) tapi saya percaya semangat pemain memang cukup berani berlawan.

“Barisan kejurulatihan sangat berpuas hati dengan semangat dipamerkan pemain ketika beraksi di Piala Sudirman dan saya harap semangat itu mampu diteruskan mereka di pertandingan ini.

“Kami menyahut setiap cabaran. Bagaimana lagi caranya untuk para pemain menjadi lebih baik jika mereka tidak berdepan lawan lebih kuat? Jadi, kami percaya mereka perlu terus menjadi pejuang dan berani berdepan dengan apa-apa jua halangan,” katanya.

 

S. KISONA

Pencapaian terbaik skuad wanita negara pada saingan Piala Uber adalah layak ke suku akhir pada edisi 2008 dan 2010.

Malaysia kali ini menampilkan barisan pemain muda yang lebih menumpukan kepada meningkatkan prestasi serta pendedahan kepada mereka ke arah menghadapi cabaran lebih besar pada masa akan datang.

Pasukan negara memulakan kempen Kumpulan D di Aarhus, Denmark dengan menentang tuan rumah hari ini, sebelum bertemu juara 14 kali, China, esok dan Kanada, Isnin.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya