India tarik diri hoki Sukan Komanwel - Utusan Malaysia

India tarik diri hoki Sukan Komanwel

NAIB juara dua kali, India mengambil keputusan menarik diri daripada acara hoki pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DELHI: Skuad hoki India ‘me­lancarkan serangan balas’ de­ngan menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, beberapa hari selepas England mengumumkan untuk tidak beraksi pada Piala Dunia Remaja 2021 di Bhubaneswar.

Ketua Hoki India, Gyanendro Ningombam berkata, mereka enggan me­risikokan pemain untuk beraksi di temasya 28 Julai hingga 8 Ogos itu kerana mendakwa England menjadi negara Eropah terburuk dalam menangani Covid-19 sejak 18 bulan lalu.

Selain itu katanya, penarikan diri pasukan lelaki dan wanita India itu turut berpunca daripada pertikaian di antara kerajaan India serta England berhubung sijil vaksinasi, termasuk peraturan kua­rantin.

“Disebabkan keadaan pandemik masih belum reda, England mengeluarkan garis panduan bahawa kami (Indian) perlu menjalani 10 hari kuarantin setibanya di England.

“Kami perlu menjalaninya biarpun sebahagian daripada kami sudah lengkap divaksin. Ini kerana kerajaan di sana belum memperakui vaksinasi India.

“Sekatan ­dis­kriminasi ini bagaimanapun tidak diguna pakai kepada atlet dan pegawai India ketika menyertai Sukan Olimpik baru-baru ini.

“Dengan mengenakan kua­rantin 10 hari kepada atlet India yang sudah lengkap divaksin dikhuatiri menjejaskan ­prestasi mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.