fbpx

Hafizh tak sanggup lagi hilang orang tersayang

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pernah merasai perit kehilangan insan tersayang menyebabkan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah nekad ‘ponteng’ berlumba di Grand Prix Emilia Romagna, Itali hujung ming­gu ini.

Ujar Hafizh, dia terpaksa menarik diri daripada menyer­tai perlumbaan ketiga ter­akhir tersebut selepas datuk dan nenek sebelah bapanya kritikal susulan dijangkiti Co­vid-19.

Pelumba NTS RW Racing GP itu berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu berjauhan dengan insan tersayang setelah merasainya sewaktu kehilangan nenek sebelah ibunya, Arbaieah Muhammad pada September tahun lalu.

“Saya terpaksa membuat keputusan ini kerana datuk dan nenek saya positif tahap tiga dan empat. Keadaan mereka lemah dan saya perlu bersedia de­ngan segala kemungkinan.

“Saya memang minat berlumba, bila situasi macam ini keadaan bertambah berat. Jadi, saya tidak mahu berjauhan dengan keluarga dan tak sanggup hilang orang tersa­yang lagi.

“Pasukan juga faham de­ngan situasi saya dan tunggu keadaan saya baik seperti biasa. Selepas itu saya akan habiskan baki dua perlumbaan musim ini di GP Algarve dan terakhir di Valencia,” katanya.

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH

Jelas Hafizh, jika berlaku sebarang kemungkinan, dia perlu mengambil masa sehingga 16 jam untuk pulang ke tanah air.

Mengulas lanjut, pelumba berusia 27 tahun itu menafikan masalah peribadi punca kontraknya dengan NTS RW Racing GP tidak dilanjutkan.

“Dua tahun ini sangat sukar bagi saya dan ambil sebagai pe­ngalaman. Saya tahu kemampuan saya, saya membuat keputusan undur diri untuk meneruskan saingan musim depan.

“Saya tak salahkan pasukan, tetapi untuk kalahkan pasukan lain yang menggunakan casis kalex agak sukar. Daripada saya menyeksa diri sendiri, lebih baik saya habiskan masa dengan ­keluarga,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI