Ferris Danial wira Jang - Utusan Malaysia

Ferris Danial wira Jang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jaringan pemain gantian, Ferris Danial Mat Nasir sembilan minit sebelum tamat perlawanan memastikan juara Liga Perdana, Negeri Sembilan melakar kemenangan pertama Piala Malaysia dengan menumpaskan Kelantan United 1-0, sebentar tadi.

Kekalahan kedua berturut-turut menyebabkan Kelantan United terperosok di dasar Kumpulan C, manakala Negeri Sembilan berkongsi tiga mata bersama pasukan tangga kedua, Kedah.

Turun dengan misi memburu kemenangan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, kedua-dua pasukan mempamer aksi seimbang apabila saling berbalas serangan untuk mendapatkan jaringan pembukaan.

Peluang terbaik pelawat memecah kebuntuan gol hadir pada minit ke-15 menerusi rembatan kencang Alain Akono, namun penjaga gawang Kelantan United, Ramadhan Ab. Hamid melayangkan diri untuk menepis keluar bola.

Minit ke-24, giliran Damien Lim menjadi wira Negeri Sembilan apabila menyelamatkan rembatan padu dari jarak 35 meter yang dilepaskan kapten Kelantan, Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi untuk kedudukan kekal 0-0 pada babak pertama.

Bersambung separuh akhir kedua, skuad Hobin Jang Hobin agresif memburu jaringan menerusi gerakan menarik Akono, namun Ramadhan terus cemerlang menyelamatkan pintu gol tuan rumah.

Gassama Alfusainey terlepas peluang untuk mencetak jaringan buat Kelantan apabila rembatannya dari sebelah kiri pintu gol Negeri Sembilan ditangkap kemas oleh Damien Lim pada minit ke-64.

Ferris Danial akhirnya menceriakan skuad Jang apabila meledak jaringan pembukaan pada minit ke-81 selepas tenang menyempurnakan peluang terhidang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.