FAS beri ‘nyawa’ kepada bola sepak wanita - Utusan Malaysia

FAS beri ‘nyawa’ kepada bola sepak wanita

FAS sudah memulakan tugas memartabatkan bola sepak wanita dengan mengadakan Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM di Pusat Latihan Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran Liga Bola Sepak Wanita Selangor (WSL) yang julung kali diadakan bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat lebih ramai pemain tempatan, malah melahirkan jurulatih, pengadil serta pegawai dalam kalangan kaum hawa.

Menyedari bola sepak wanita sering terpinggir dengan satu-satunya kejohanan yang boleh di­sertai adalah Piala Tun Sharifah Rodziah, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil inisia­tif memperkenalkan WSL bermula 29 November ini.

Sebagai permulaan, liga ber­kenaan akan menampilkan 12 pasukan dari sekitar Lembah Klang, di mana setiap pasukan wajib mendaftarkan dua pegawai wanita.

Memandangkan ini kali pertama WSL diperkenalkan, pe­ngadil dan pegawai perlawanan tidak menampilkan wanita sepenuhnya.

Begitupun, FAS akan me­ngadakan klinik bagi membim­bing mereka melakukan persediaan bukan sahaja menjadi pengadil, malah jurulatih dan pegawai pada edisi akan datang.

“Pasukan yang ingin ber­aksi perlu memiliki sekurang-kurangnya dua pegawai wanita kerana liga itu untuk memperkasakan peranan wanita.

“Kami juga akan mengadakan kursus kejurulatihan untuk wa­nita sempena penganjuran liga kerana mahu mereka terlibat aktif dalam sukan ini selain menghapuskan persepsi bola sepak hanya untuk lelaki.

“Kita juga mahu Malaysia menjadi seperti negara Asia lain maju dalam bola sepak wanita,” kata Setiausaha Agung FAS, Muhammad Izrin Nabil Ismail kepada Utusan Malaysia semalam.

FAS turut berazam memba­ngunkan pengadil, pemain wa­nita berkaliber serta peranan penting dalam industri dijalankan sepenuhnya oleh golongan wanita seperti pegawai media, pereka grafik dan krew siaran langsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.