Cheng Hoe perlu lebih berani, kreatif – Shebby - Utusan Malaysia

Cheng Hoe perlu lebih berani, kreatif – Shebby

TAN Cheng Hoe perlu berani menggunakan beberapa formasi berbeza dan mempelbagaikan posisi pemain pada kempen Piala AFF di Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiba masa Harimau Malaya mempelbagaikan taktikal dan formasi bersesuai­an dengan pemain dimiliki, terutama berdepan lawan yang berbeza.

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh berpendapat, Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe mungkin boleh merombak formasi kegemarannya 4-3-3 kepada 3-4-3 bagi apabila mengharungi kempen Piala AFF di Singapura, Disember ini.

Bekas penasihat global Blackburn Rovers FC itu memberi pandangan tersebut selepas melihat skuad kebangsaan dibolosi sembilan gol dalam dua persahabatan Tier 1 ketika bertemu Jordan (0-4) dan Uzbekistan (1-5).

Katanya, formasi 3-4-3 dilihat lebih sesuai dalam membantu mengukuhkan benteng daripada mudah dibolosi setiap kali menentang pasukan kuat dan taktikal itu membolehkan dua pemain sayap turun ke bawah membentuk lima pemain pertahanan.

SHEBBY SINGH

“Menerusi dua perlawanan itu, jelas masalah besar adalah di bahagian pertahanan tengah yang kurang serasi, antara Aidil Zafuan (Abd. Radzak) dan Irfan (Zakaria).

“Sebelum ini, kita juga pernah lihat gandingan Adam Nor Azlin bersama Shahrul Saad, jadi saya harap dapat melihat kelibat Dion Cools beraksi di Singapura nanti.

“Dalam bola sepak kita tidak boleh fikir satu hala sahaja mungkin kena pelbagaikan seseorang pemain itu beraksi di beberapa posisi,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Serbegeth atau lebih dikenali sebagai Shebby merasakan Cheng Hoe perlu memikirkan ramuan terbaik berdasarkan kebolehan pemain-pemain yang dimiliki dalam skuad kebangsaan.

“Untuk posisi penyerang, kita boleh gunakan Syafiq Ahmad, Luqman Hakim (Shamsudin) atau Safawi Rasid. Sekarang penyerang kecil-kecil dan mempunyai kemahiran tinggi.

“Kita jangan terlampau berfikiran sempit dan tradisional di mana penyerang mesti berbadan sasa dan tinggi.

“Sekarang kita juga boleh bermain tanpa ‘target man’ de­ngan beraksi menggunakan tiga pemain depan seperti Safawi, Akhyar Rashid, Arif Aiman (Hanapi), Luqman, Faisal Halim, Syafiq kerana mereka bukan hanya mampu mengatasi lawan dalam situasi satu lawan satu tetapi turut mempunyai penyudah yang baik.

“Kita kena bijak susun taktikal dan sesuaikan dengan apa kita ada. Jangan adakan satu sistem dan paksa orang untuk bermain dalam sistem itu.

“Kita perlu buat satu taktikal yang memberi peluang untuk menggunakan kelebihan yang ada pada pemain-pemain sebaik mungkin,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya